Isnin, 17 April 2017 | 3:51pm

Bas terjunam, 10 maut

BEIJING: Seramai 10 penumpang terkorban manakala lima cedera selepas bas dinaiki terjunam ke dalam sungai di selatan China.

Agensi berita Xinhua melaporkan, empat penumpang dilaporkan hilang dalam kejadian awal pagi tadi di wilayah Guizhou.

Bas yang boleh membawa 19 penumpang itu dalam perjalanan dari Kaiyang ke pinggir wilayah Qiannan Bouyei-Miao Autonomous Prefecture apabila tergelincir lalu terhumban ke dalam sungai.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat kejadian itu dan tiada maklumat mengenai punca nahas diterima setakat ini. - AP

Berita Harian X