Khamis, 13 April 2017 | 8:22pm

Kompleks kediaman baharu 'mimpi ngeri' musuh Korea Utara

PYONGYANG: Kewujudan kompleks kediaman terbaharu disifatkan lebih menakutkan berbanding ratusan bom nuklear ketika krisis di semenanjung makin tegang.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dipetik sebagai berkata, pembinaan kompleks baharu itu adalah 'mimpi ngeri' buat semua musuh mereka.

Jurucakap kerajaan berkata, Amerika Syarikat (AS) dipercayai akan berunding dengan mereka terlebih dahulu sebelum melancarkan serangan terhadap Pyongyang.

Ketika sama, China mendesak Korea Utara menghentikan program nuklear sebagai satu tukaran mendapatkan perlindungan daripada Beijing.

Ketegangan di Korea semakin memuncak serentak dengan kehadiran pengangkut pesawat AS berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan untuk Korea Utara melancarkan ujian nuklear kali keenam - sekali gus mengingkari larangan disuarakan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Terdahulu China sebagai rakan sekutu terkuat Korea Utara menyeru kepada penyelesaian secara aman selepas kemuncak ketegangan antara AS dan Pyongyang. - Reuters

PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un. - Foto AP
PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un. - Foto AP

Berita Harian X