Rabu, 12 April 2017 | 12:31pm
TENTERA Laut Amerika Syarikat mengendalikan operasi penerbangan di atas kapal pengangkut USS Carl Vinson (CVN 70) ketika berlayar di Laut China Selatan. - Foto Reuters
TENTERA Laut Amerika Syarikat mengendalikan operasi penerbangan di atas kapal pengangkut USS Carl Vinson (CVN 70) ketika berlayar di Laut China Selatan. - Foto Reuters

Jepun sertai misi di Semenanjung Korea

TOKYO: Tentera Laut Jepun merancang menyertai unit tempur Amerika Syarikat, Carl Vinson ke Semenanjung Korea sebagai amaran dan menghalang Pyongyang meneruskan ujian peluru berpandu pada masa depan.

"Jepun akan mengerah beberapa kapal tempur dan dua helikopter serta mengiringi armada Carl Vinson memasuki kawasan berhampiran perairan negaranya dan Laut China Selatan," kata sumber.

Pegawai tinggi Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun (MSDF) berkata, tindakan provokatif AS-Jepun itu mungkin mencetus kemarahan Beijing, susulan isu pertikaian wilayah dengan Tokyo mengenai beberapa pulau tidak berpenghuni berhampiran Taiwan.

Kementerian Luar Negara Korea Utara semalam dilapor mengutuk tindakan AS dan memberi amaran ia bersedia untuk berperang.

Sementara itu, pemangku Presiden Korea Selatan, Hwang Kyo-ahn memberi amaran mengenai 'ancaman lebih serius' dari rejim Utara dan mengarahkan tentera negara itu untuk meningkatkan pemantauan dan komunikasi dengan Washington. - Reuters

KAPAL pengangkut USS Carl Vinson (CVN 70) ketika berlayar di Laut China Selatan. - Foto EPA
KAPAL pengangkut USS Carl Vinson (CVN 70) ketika berlayar di Laut China Selatan. - Foto EPA

Berita Harian X