Selasa, 11 April 2017 | 8:14pm

8 suspek dari Asia Tengah bom metro St Petersburg

BEBERAPA remaja memegang lilin bagi menghormati memori mangsa pengeboman kereta bawah tanah di Marsovo Polye di St Petersburg, Russia pada 3 April, 2017. - Foto AFP
BEBERAPA remaja memegang lilin bagi menghormati memori mangsa pengeboman kereta bawah tanah di Marsovo Polye di St Petersburg, Russia pada 3 April, 2017. - Foto AFP

MOSCOW: Semua suspek yang ditahan dalam insiden pengeboman stesen kereta api metro Saint Petersburg, berasal dari Asia Tengah, kata Ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB), Alexander Bortnikov.

Bortnikov yang dipetik agensi berita RIA Novosti sebagai berkata, lapan yang ditahan di ibu kota ini dan Saint Petersburg dalam kejadian 3 April lalu mengorbankan 13 orang, 'berasal dari Asia Tengah'.

Beliau yang bercakap ketika mesyuarat Jawatankuasa Antipengganas Negara (NAK) dipengerusikannya, tidak mendedahkan kerakyatan suspek terbabit.

"Bagi menghalang cubaan pelampau memasuki Russia, perlunya langkah tambahan kawalan di sempadan negara terhadap mereka yang disyaki terbabit dengan serangan pengganas, " katanya.

Kawalan sempadan negara adalah tanggungjawab FSB.

AFP

Berita Harian X