Isnin, 3 April 2017 | 8:32pm

Polis Dubai tahan suspek peras ugut e-mel

DUBAI: Media milik kerajaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) melaporkan polis Dubai menahan sekumpulan penggodam warga asing yang menyasarkan lima pegawai Rumah Putih dalam skim peras ugut menggunakan e-mel.

Akhbar berbahasa Arab, Al Bayan dan saluran televisyen Dubai One melaporkan penahanan itu hari ini. Bagaimanapun polis enggan mengulas lanjut.

Al Bayan memetik pegawai polis, Saud al-Khalidi yang dilapor berkata, 'geng Afrika' menceroboh e-mel lima pegawai kanan terbabit dan 'memperoleh maklumat paling sulit.'

Al-Khalidi berkata, penyiasat mengesan suspek di sebuah pangsapuri di Ajman dan menahan tiga daripada mereka.

Pihak kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Abu Dhabi enggan mengulas. - AP

Berita Harian X