Selasa, 21 March 2017 | 10:56pm

Pembiaya gerakan Hezbollah diberkas

PEMBIAYA utama gerakan Hezbollah Lubnan, Kassim Tajideen. - Foto Google
PEMBIAYA utama gerakan Hezbollah Lubnan, Kassim Tajideen. - Foto Google

RABAT: Pihak berkuasa Maghribi berjaya menahan pembiaya utama gerakan Hezbollah Lubnan, Kassim Tajideen, yang amat dikehendaki oleh Washington.

Menurut sumber keselamatan Maghribi yang rapat dengan kes itu, hari ini, pihak berkuasa merancang untuk mengekstradisi Kassim ke Amerika Syarikat.

Kassim diberkas di Lapangan Terbang Casablanca pada 12 Mac lalu, selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan dua hari sebelum itu oleh pejabat Polis Antarabangsa (Interpol) di Washington.

Sumber memberitahu Reuters, beliau dituduh melakukan penipuan, terbabit dengan penggubahan wang haram, membiayai aktiviti militan.

"Ketika ditahan, Kassim dalam perjalanan dari Conakry, ibu negara Guinea menuju ke Beirut," kata sumber.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Maghribi enggan memberikan komen berhubung perkara itu. - Reuters

Berita Harian X