Rabu, 15 March 2017 | 1:09pm

Geun-Hye diarah hadir untuk soal siasat

Park Geun-Hye. - Foto AP
Park Geun-Hye. - Foto AP

SEOUL: Pendakwa raya Korea Selatan, hari ini mengarahkan bekas Presiden Park Geun-Hye, yang dipecat supaya menemui mereka sebelum sesi soal siasat minggu depan berhubung skandal rasuah yang menjadi penyebab penyingkirannya.

Geun-Hye, yang dipecat Mahkamah Perlembagaan Jumaat lalu, diarah hadir ke pejabat pendakwa raya di Seoul Selasa ini.

"Kami sudah menghantar arahan kepada peguam beliau pagi ini. Tarikh kehadiran adalah jam 9.30 pagi pada 21 Mac ini," kata jurucakap dalam kenyataan.

Geun-Hye, suspek penjenayah dalam skandal itu, berulang kali enggan disoal siasat oleh pendakwa raya sebelum mahkamah tertinggi negara itu mengesahkan usul pemecatan yang dibentangkan Parlimen terhadapnya.

Keputusan mahkamah menyebabkan Geun-Hye kehilangan kuasa dan kelebihan eksekutif, termasuk perlindungan daripada dakwaan jenayah, dan beliau meninggalkan istana presiden hujung minggu lalu.

Peguam Geun-Hye, hari ini memberi jaminan beliau akan bekerjasama dengan siasatan.

Geun-Hye bakal menjadi bekas pemimpin Korea Selatan keempat akan disoal siasat oleh pendakwa raya berhubung skandal rasuah. - AFP

Berita Harian X