X
Jumaat, 10 March 2017 | 3:41pm
PERDANA Menteri yang juga Pemangku Presiden, Hwang Kyo-ahn. - Foto EPA
PERDANA Menteri yang juga Pemangku Presiden, Hwang Kyo-ahn. - Foto EPA

Kabinet Korea Selatan ikrar stabilkan keadaan

SEOUL: Kabinet Korea Selatan akan menstabilkan negara itu bagi menghalang konflik dalaman bertambah buruk.

Perdana Menteri yang juga Pemangku Presiden, Hwang Kyo-ahn, membuat kenyataan itu beberapa jam selepas Mahkamah Perlembagaan mengekalkan keputusan undian pendakwaan parlimen dan menyingkirkan Presiden Park Geun-hye daripada jawatannya.

Keputusan mahkamah itu bagaimanapun mencetuskan bantahan.

"Saya menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan. Kabinet perlu menjalankan tugas negara dalam keadaan stabil dan menguruskan struktur sosial bagi menghalang konflik dalaman bertambah buruk," kata Kyo-ahn dalam mesyuarat Kabinet, hari ini.

Beliau yang menjadi Pemangku Presiden sejak Disember lalu meminta kementerian menguruskan segera pilihan raya presiden dalam tempoh 60 hari. -Reuters

Berita Harian X