Isnin, 6 March 2017 | 10:55am

Seoul perlu segera selesai isu THAAD

Pemangku presiden Korea Selatan, Hwang Kyo-ahn.
Pemangku presiden Korea Selatan, Hwang Kyo-ahn.

SEOUL: Korea Selatan perlu segera menyelesaikan isu penghantaran sistem pertahanan anti-peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) selepas jirannya melancarkan empat peluru berpandu awal hari ini, kata pemangku presidennya, Hwang Kyo-ahn.

"Kita perlu segera menyelesaikan isu penghantaran Sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) dan memperoleh sistem pertahanan bagi membendung serangan peluru berpandu nuklear Korea Utara, " kata Kyo-ahn yang juga Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara susulan provokasi terbaru Korea Utara.

Pyongyang melancarkan empat peluru berpandu balistik awal hari ini, tiga daripadanya jatuh di Zon Ekonomi Eksklusif Jepun, dalam tindak balas jelas susulan latihan ketenteraan terbaru AS-Korea Selatan.

Reuters

Berita Harian X