Ahad, 5 March 2017 | 4:58pm

Seorang wanita maut gempa bumi di Filipina

MANILA: Seorang wanita terbunuh manakala sekurang-kurangnya 29 cedera, hari ini selepas kejadian gempa bumi susulan yang melanda bahagian selatan pulau Mindanao di Filipina.

Ahli seismologi dan pegawai pertahanan awam berkata, gempa berukuran 5.9 magnitud melanda di bandar Surigao dan di kawasan sekeliling, menyebabkan beberapa tembok runtuh.

Televisyen tempatan di sini melaporkan seorang wanita meninggal dunia akibat serangan jantung manakala sekurang-kurangnya 29 lagi cedera.

Kejadian terbaru itu adalah satu daripada 100 gempa susulan yang melanda Bandar Surigao di kepulauan Mindanao sejak gempa berukuran 6.5 magnitud pada 10 Februari lalu mengorbankan lapan orang dengan lebih 250 cedera akibat objek runtuh. - AFP

Berita Harian X