Ahad, 5 March 2017 | 8:07am
ANGGOTA bomba dan penyelamat Louisiana di lokasi kejadian. - Foto http://www.dailymail.co.uk
ANGGOTA bomba dan penyelamat Louisiana di lokasi kejadian. - Foto http://www.dailymail.co.uk

Wanita Texas ditahan bakar anak saudaranya

JENNINGS: Seorang wanita ditahan sebulan selepas anak saudara perempuannya yang berusia empat bulan terbakar teruk ketika dalam jagaannya.

Timbalan Ketua Bomba Louisiana, Brant Thompson, berkata Gail Marie Brown, 29, ditangkap kelmarin atas lima tuduhan termasuk menyebabkan kecederaan akibat cuai, menghalang keadilan dan melacur.

Dia kini ditahan di Penjara Jeff Davis Parish.

Thompson berkata, Brown berbohong mengenai bagaimana mangsa mengalami terbakar.

Dia pada awalnya memberitahu penyiasat seorang remaja di taman di Jennings membakar baju bayi itu pada 22 Januari sedangkan mangsa dan sepupunya, anak Brown yang berusia enam tahun ditinggalkan bersendirian dalam kereta.

Anaknya menggunakan pemetik api untuk membakar baju mangsa.

Mangsa masih berada di unit terbakar pediatrik di Galveston, Texas. - AP

Berita Harian X