Jumaat, 3 March 2017 | 12:30pm

10 maut, 38 cedera bas bertembung lori simen

SEPULUH terbunuh manakala 38 lagi cedera selepas bas penumpang bertembung dengan sebuah lori simen di barat daya China. - Foto News X
SEPULUH terbunuh manakala 38 lagi cedera selepas bas penumpang bertembung dengan sebuah lori simen di barat daya China. - Foto News X

SHANGHAI: Sepuluh terbunuh manakala 38 lagi cedera selepas bas penumpang bertembung dengan sebuah lori simen di barat daya China.

Agensi berita Xinhua melaporkan, nahas berlaku lewat semalam di Yunnan, berhampiran sempadan Myanmar, menyebabkan bas terbabit melambung, sementara lori berkenaan pula terbalik di luar jalan raya.

Sembilan penumpang maut serta merta, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

Kemalangan maut kerap berlaku di China, kerana pengguna sering melanggar peraturan lalu lintas atau tidak tindakan penguatkuasaan oleh pihak polis.

Lebih 180,000 kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku pada 2015, dengan 58,000 kematian dicatatkan.

Kadar kematian tinggi sering membabitkan bas yang sering sesak dengan penumpang, khususnya untuk perjalanan jarak jauh.

Dalam kejadian terbaharu, sekurang-kurangnya 18 orang maut apabila bas mini terjunam ke dalam tasik di bandar raya Wuhan pada Disember lalu.

- AFP

Berita Harian X