Ahad, 26 Februari 2017 | 8:41am

Penyokong, penentang Duterte berhimpun

PENYOKONG Presiden Rodrigo Duterte berkumpul di Taman Rizal di Manila untuk menunjukkan sokongan mereka kepada presiden Duterte di Manila, Filipina.
PENYOKONG Presiden Rodrigo Duterte berkumpul di Taman Rizal di Manila untuk menunjukkan sokongan mereka kepada presiden Duterte di Manila, Filipina.

MANILA: Penyokong dan pembangkang Presiden Filipina Rodrigo Duterte menukar sambutan tradisi kebangkitan 'Kuasa Rakyat' 1986 kepada demonstrasi kempen antidadah anjurannya.

Bekas Presiden Benigno Aquino, anak lelaki tunggal ikon demokrasi, Corazon Aquino, mengetuai kira-kira 3,000 penunjuk perasaan berkumpul di lebuh raya bersejarah ibu kota ini, tapak kebangkitan popular yang menggulingkan pemimpin diktator Ferdinand Marcos tiga dekad lalu.

Penunjuk perasaan mengutuk tindakan keras antidadah yang mengorbankan kira-kira 7,700 nyawa sejak pemimpin lantang itu mengambil alih kuasa 30 Jun lalu, mendakwa mereka menjadi mangsa pembunuhan luar undang-undang.

Bagaimanapun, polis menafikan tuduhan itu.

Tidak lama selepas itu, penyokong Duterte mengadakan bantahan balas lebih besar di taman awam utama ibu kota ini, menyalakan lilin sambil mempertahankan kempen menentang dadah, jenayah, rasuah dan kemiskinan.

Polis menganggarkan 200,000 orang berhimpun di taman berkenaan.

"Negara kami lebih baik dan penjenayah secara perlahan ditangkap. Kita perlu menyokong Presiden Duterte dan saya berharap Tuhan memberinya kesihatan yang baik untuk meneruskan semua perubahan kepada rakyat Filipina," kata Risa Pedrosa, 43, yang menghadiri perhimpunan menyokong Duterte. - Reuters

Berita Harian X