Rabu, 22 Februari 2017 | 9:18pm

Duterte digelar 'pembunuh bersiri'

PRESIDEN Rodrigo Duterte. - Foto Reuters
PRESIDEN Rodrigo Duterte. - Foto Reuters

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte yang disifatkan sebagai `pembunuh' bersiri didesak meletak jawatan, selepas seorang pengkritiknya berdepan tuduhan membabitkan dadah yang bertujuan untuk menutup mulutnya.

Senator Leila de Lima membuat desakan itu dalam komen kerasnya terhadap Duterte dan perang dadah dilaksanakan presiden itu yang setakat ini mengorbankan ribuan nyawa.

"Tidak dapat disangkal, presiden kita adalah pembunuh dan pembunuh bersiri yang gila," kata de Lima kepada wartawan, sambil mendesak Kabinet mengisytiharkan Duterte tidak layak memimpin dan menggesa rakyat bersuara terhadap kepemimpinannya.

De Lima berkata, Perlembagaan membenarkan majoriti dalam Kabinet mendesak presiden meletak jawatan atas alasan tidak layak dari segi mental dan menggesa Ahli Parlimen berbuat demikian.

Beliau mengingatkan mereka terhadap kebangkitan rakyat pada 1986 yang berjaya menamatkan pemerintahan kuku besi bekas Presiden, Ferdinand Marcos.

"Sudah tiba masanya untuk kita menjadi berani dan berdepan diktator jenayah serta rejim jahat," kata De Lima. - Saudi Gazette

Berita Harian X