Khamis, 16 Februari 2017 | 6:02pm

Indonesia sahkan wanita ditahan Malaysia rakyatnya

KIM Jong-nam.
KIM Jong-nam.

JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia hari ini mengesahkan seorang wanita rakyatnya ditahan di Malaysia berhubung pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara.

Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh Isnin lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

"Kedutaan kami mengesahkan maklumat diterima daripada pihak berkuasa keselamatan Malaysia dan berdasarkan data awal, wanita berkenaan adalah warga Indonesia," menurut Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan.

Katanya, Kedutaan Indonesia juga memohon akses konsular terhadap wanita berkenaan bagi memberi bantuan guaman. - Reuters

Berita Harian X