Ahad, 12 Februari 2017 | 9:24pm
GEMPA bumi di bahagian selatan Filipina yang meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa, kelmarin. - Foto AP
GEMPA bumi di bahagian selatan Filipina yang meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa, kelmarin. - Foto AP

Gempa Filipina: Penduduk mula terima bekalan elektrik, air

MANILA: Pihak berkuasa Filipina sudah memulakan usaha pemulihan bekalan elektrik dan air ke kawasan yang terbabit dalam kejadian gempa bumi di bahagian selatan Filipina yang meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa, kelmarin.

Presiden Rodrigo Duterte melawat kawasan berkenaan, hari ini di bandar raya Surigao dan menurut agensi berita online ABS CBN beliau memberitahu, kerajaan akan memberi bantuan bernilai AS$40 juta (RM180 juta).

Menurut Naib Gabenor wilayah Surigao del Norte, Carlos Egay, keadaan seperti sudah kembali seperti sedia kala selepas gegaran 6.7 magnitud, Jumaat lalu.

Penduduk yang bergegas berpindah ke kawasan tanah tinggi, bimbang akan ancaman tsunami kini dilaporkan sudah pulang ke rumah masing-masing. - Reuters

Berita Harian X