Jumaat, 10 Februari 2017 | 10:38pm

Gempa 6.7 magnitud gegar Filipina

Foto hiasan
Foto hiasan

MANILA: Satu gempa bumi berukuran magnitud 6.7 menggegarkan pulau Mindanao di selatan Filipina hari ini.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer sejauh 13 kilometer di timur bandar Surigao. Tiada laporan kerosakan atau kematian diterima setakat ini.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik Pentadbiran Atmosfera dan Lautan AS di laman webnya berkata, tiada ancaman tsunami akibat gempa berkenaan. -Reuters

Berita Harian X