Khamis, 9 Februari 2017 | 12:10pm

494 Ahli Parlimen sokong draf undang-undang Brexit

AHLI House of Commons, United Kingdom mengundi 494 menyokong manakala 122 membantah meluluskan Rang Undang-undang Pemberitahuan Menarik diri dari Kesatuan Eropah (EU). Undang-undang baharu itu membolehkan Perdana Menteri Theresa May mengguna pakai Perkara 50, Triti Lisbon EU, membolehkan pihak UK memulakan rundingan dalam tempoh dua tahun keluar daripada blok 28 negara itu. - Foto AFP

LONDON: Majoriti Ahli Parlimen United Kingdom (UK) menyokong untuk membenarkan kerajaan memulakan proses penarikan diri United Kingdom daripada Kesatuan Eropah (EU) ketika mengundi untuk rang undang-undang Brexit.

Draf rang undang-undang itu disokong 494 undi berbanding 122 yang menentang dan kini akan dibawa ke House of Lords untuk dibahaskan.

Setiausaha Perniagaan Kabinet bayangan, Clive Lewis adalah antara 52 Ahli Parlimen Buruh yang menentang arahan partinya untuk menyokong rang undang-undang itu sebelum beliau bertindak meletakkan jawatan.

Difahamkan Perdana, Menteri Theresa May cuba mencetuskan perbincangan formal Brexit pada akhir Mac ini.

Ia akan dilakukan dengan menggunakan Artikel 50 Perjanjian Lisbon, tetapi memerlukan kebenaran Parlimen sebelum berbuat demikian.

Lewis, yang sebelum ini berkata beliau belum membuat keputusan sama ada untuk menyokong Rang (Pemberitahuan Penarikan Diri) EU, mengumumkan peletakan jawatan ketika Ahli Parlimen mula mengundi untuk kali terakhir.

Rang undang-undang itu akan dibahaskan di House of Lords pada 20 Februari ini. - BBC

Berita Harian X