Rabu, 8 Februari 2017 | 10:12pm

Iran sedia anjur dialog

TIMBALAN Menteri Luar Kuwait, Khaled al-Jarallah. - Foto Reuters
TIMBALAN Menteri Luar Kuwait, Khaled al-Jarallah. - Foto Reuters

RIYADH: Kuwait mengalu-alukan kesediaan Iran mengadakan dialog dengan negara jirannya di Teluk Arab.

Agensi berita KUNA melaporkan keyakinan Kuwait bahawa dialog itu mampu menangani perang saudara di Syria dan Yaman.

Iran dan Arab Saudi, sekutu rapat Amerika Syarikat (AS) yang mendominasi Majlis Kerjasama Teluk (GCC) masing-masing menyokong pihak berlawanan di Syria serta Yaman.

Presiden AS, Donald Trump, baru-baru memberi tekanan ke atas Iran berhubung pelaksanaan program peluru berpandunya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Kuwait, Khaled al-Jarallah, berkata: "Ia adalah sesuatu yang amat kita nanti-nantikan".

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif mengenai kesediaan negaranya untuk berdialog dengan GCC.

"Dalam hal ini, Iran sentiasa bersedia. Kita perlu sentiasa pandang ke depan dan bersetuju bahawa kita perlu bekerjasama bagi memastikan masa depan yang berbeza," kata Mohammad Javad, seperti yang dilaporkan akhbar tempatan Iran, Ettelaat.- REUTERS

Berita Harian X