Khamis, 2 Februari 2017 | 12:42pm

Lapangan Antarabangsa Yogyakarta ditutup

LAPANGAN Antarabangsa Adisutjipto di Yogyakarta ditutup sehingga tengah hari ini. - Foto The Jakarta Post
LAPANGAN Antarabangsa Adisutjipto di Yogyakarta ditutup sehingga tengah hari ini. - Foto The Jakarta Post

YOGYAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto ditutup hingga petang hari ini selepas Pesawat Penerbangan Garuda membawa 130 penumpang tergelincir di landasan ketika mendarat, lewat petang Rabu.

Menurut kenyataan laman web rasmi Garuda Indonesia, Boeing 737-800 dari Jakarta tergelincir dari landasan ketika mendarat susulan hujan lebat menyebabkan landasan licin.

Jurucakap Garuda, Benny Butarbutar berkata tiada kecederaan berlaku dan 123 penumpang bersama tujuh anak kapal dibawa keluar dengan selamat. Kenyataan itu tidak menyebut sebarang siasatan bakal dilakukan.

Pada masa sama, Kementerian Pengangkutan Indonesia dalam satu kenyataan mengesahkan lapangan terbang itu ditutup hingga jam 3.00 petang waktu tempatan.

Yogyakarta adalah salah satu pintu masuk kebudayaan kepulauan Jawa, Indonesia. - REUTERS

Berita Harian X