Isnin, 23 Januari 2017 | 9:54pm

85 maut, 4 hilang banjir berterusan di Thailand

Rumah ditenggelami banjir di daerah Muang, Narathiwat. - Foto http://www.bangkokpost.com/news/general/1185288/flood-toll-85-killed-4-missing
Rumah ditenggelami banjir di daerah Muang, Narathiwat. - Foto http://www.bangkokpost.com/news/general/1185288/flood-toll-85-killed-4-m...

BANGKOK: Lapan puluh lima orang disahkan maut manakala empat masih hilang dalam kejadian banjir di 12 wilayah Selatan Thailand sejak 1 Disember lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, Chatchai Promlert berkata hari ini, situasi banjir masih berlaku di sebahagian Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Phatthalung, Yala, Songkhla, Pattani dan Narathiwat.

Banjir meluas setakat ini menjejaskan 1.7 juta penduduk membabitkan 582,725 isi rumah.

Chatchai berkata, pihaknya sudah menggerakkan sokongan daripada semua sumber untuk memulihkan kawasan terjejas teruk, pembersihan dan memperbaiki utiliti awam selain bantuan dan tindakan segera kepada mangsa.

Jabatan Kajicuaca meramalkan lebih banyak hujan lebat di enam wilayah di Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat, dari 22 hingga 25 Januari, akibat monsun timur laut meliputi Teluk Thailand dan Selatan negara itu. -Agensi

Berita Harian X