Rabu, 11 Januari 2017 | 9:49am
JOO Hyun Bahn. - Foto AP
JOO Hyun Bahn. - Foto AP

Dua ahli keluarga Ban ki-Moon didakwa rasuah

BEKAS Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban ki-Moon. - Foto AFP
BEKAS Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban ki-Moon. - Foto AFP

NEW YORK: Dua ahli keluarga bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban ki-Moon didakwa atas tuduhan rasuah, semalam.

Dalam kertas pendakwaan setebal 39 muka surat yang dikeluarkan pihak pendakwaan Amerika Syarikat (AS), tertuduh Ban ki-San dan Joo Hyun Bahn didakwa menyogok seorang pegawai di Asia Barat dalam urusan penjualan bangunan bernilai AS$800 juta (RM3.6 billion) di Hanoi, Vietnam.

Anak saudara Ki-Moon, Joo Hyun Bahn yang juga dikenali sebagai Dennis, ialah seorang broker hartanah di di Manhattan, manakala bapanya, Ban ki-Sang ialah eksekutif kanan sebuah syarikat pembinaan di Korea Selatan.

Yang turut didakwa, warga negara AS, Malcolm Harris, yang menyamar sebagai orang tengah pegawai Asia Barat terbabit, yang mengaut keuntungan atas angin sebanyak AS$500,000 (RM2.2 juta), yang digunakan untuk membeli barangan mewah.

Pihak pendakwa raya AS, mendakwa konspirasi rasuah peringkat antarabangsa itu berlaku antara Mac 2013 hingga Mei 2015 membabitkan penjualan kompleks komersial dan kediaman di Hanoi, yang dibina dan dimiliki syarikat pembinaan Korea Selatan, Keangnam Enterprises. - AFP

Berita Harian X