Rabu, 4 Januari 2017 | 9:54pm
GAMBAR fail, sebuah tadika di selatan Wilayah Guangxi. - Foto SCMP Pictures
GAMBAR fail, sebuah tadika di selatan Wilayah Guangxi. - Foto SCMP Pictures

11 budak tadika cedera diserang dengan pisau

BEIJING: Seorang lelaki mencederakan 11 kanak-kanak dengan sebilah pisau di sebuah Tadika di selatan Wilayah Guangxi, semalam.

Stesen televisyen melaporkan bahawa kejadian itu adalah insiden serangan terkini membabitkan penyerang menggunakan pisau.

Kejadian jenayah kejam jarang dilaporkan di China berbanding negara lain, tetapi sejak kebelakangan ini serangan menggunakan pisau dan kapak semakin kerap berlaku dan kebanyakannya membabitkan kanak-kanak.

China Central Television (CCTV) dalam blognya dilaporkan berkata, suspek memanjat dinding tadika berkenaan yang terletak dalam daerah Pingxiang, sebelum mula menyerang pelajar.

CCTV juga melaporkan, semua pelajar yang cedera dibawa ke hospital dan keadaan mereka dilaporkan tidak membimbangkan.

Katanya, suspek juga sudah ditahan dan polis sedang menyiasat kejadian itu.

- Reuters

Berita Harian X