Khamis, 8 Disember 2016 | 10:39pm

Tentera laut Indonesia hantar 4 kapal perang ke Aceh

ASKAR yang membantu proses mencari mayat. - Foto EPA
ASKAR yang membantu proses mencari mayat. - Foto EPA

BELAWAN: Pangkalan Tentera Laut Indonesia di Sumatera Utara di sini, menyiapkan empat kapal perang bagi membawa barang keperluan asas diperlukan dan bantuan perubatan kepada mangsa gempa bumi di daerah Pidie Jaya, Aceh semalam.

Jurucakapnya, Mejar Sahala Sinaga berkata, empat kapal laut itu sedang disiapkan susulan pembukaan bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa Aceh di pangkalan tentera laut itu.

Mereka akan mengumpul barangan seperti makanan, minuman dan pakaian disumbangkan individu dan organisasi.

"Kami menyiapkan empat kapal perang untuk menjalankan bantuan kemanusiaan kepada Aceh.

"Mereka bersedia untuk dihantar pada bila-bila masa," kata Sahala kepada akhbar The Jakarta Post hari ini, menambah kapal itu juga bersedia membawa pekerja perubatan sukarela ke kawasan bencana. -Agensi

Berita Harian X