Khamis, 8 Disember 2016 | 10:35pm

Filipina enggan bantu rondaan AS di Laut China Selatan

SETIAUSAHA Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana. - Foto AP
SETIAUSAHA Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana. - Foto AP

MANILA: Filipina berkata hari ini, negaranya tidak mungkin membenarkan tentera Amerika Syarikat (AS) menjadikan mereka sebagai batu loncatan untuk bebas meronda di perairan bertelingkah Laut China Selatan bagi mengelak pertembungan dengan China.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana berkata, kapal dan pesawat AS mungkin akan menggunakan pangkalan di Guam, Okinawa atau terbang dari pesawat pengangkut untuk meronda di perairan bertelingkah itu.

Ketika pentadbiran bekas Presiden Filipina, Benigno Aquino, beberapa pesawat dan kapal AS akan berhenti di negara itu ketika meronda di perairan pertikaian bagi mencabar wilayah dituntut China.

Presiden Rodrigo Duterte yang mengambil alih jawatan Jun lalu, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga bagi memperbaiki hubungan dengan China, namun menjadi musuh kepada pentadbiran Obama selepas beliau meningkatkan kebimbangan terhadap tindakan menghapuskan penyeludup dadah.

Ketika ditanya jika Filipina akan menjadi tuan rumah kepada kapal dan pesawat AS yang meronda di perairan bertelingkah itu, Lorenzana berkata, Duterte tidak mungkin membenarkan ia terjadi 'bagi mengelak sebarang tindakan provokasi sekali gus meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan'. -AP

Berita Harian X