Isnin, 5 Disember 2016 | 12:18am

9 kanak-kanak maut, kemalangan 4 kenderaan

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh, termasuk sembilan kanak-kanak dalam kemalangan pelbagai kenderaan di tengah Siberia, hari ini.

Kemalangan berlaku di jalan raya dari bandar Khanty-Mansiysk ke Tyumen, membabitkan lori, dua kereta dan sebuah bas, yang membawa 32 orang, termasuk 29 kanak-kanak.

"Sebelas orang mati serta-merta, termasuk sembilan kanak-kanak dan 21 dibawa ke hospital di Khanty-Mansiysk," kata penyiasat selepas kemalangan itu kira-kira jam 4 petang itu.

Menurut penyiasat, pemandu bas dipercayai hilang kawalan dan menyebabkan kemalangan.

Faktor cuaca turut diyakini menyumbang kepada kemalangan berikutan gangguan pada jarak penglihatan. - AFP

Berita Harian X