Sabtu, 3 Disember 2016 | 9:31pm

38 maut dalam 2 letupan arang batu di China

LOMBONG arang batu di Beijing. - Foto Reuters
LOMBONG arang batu di Beijing. - Foto Reuters

BEIJING: Sekurang-kurangnya 38 orang maut dalam dua letupan arang batu, minggu ini.

Agensi Xinhua melaporkan, letupan pertama berlaku Selasa lalu di lombong persendirian di Qitaihe City, wilayah Heilongjiang, yang memerangkap 22 pekerja.

Menurut pihak berkuasa tempatan, 21 daripada mereka disahkan maut malam semalam.

Dalam satu insiden berasingan, 17 orang mati dalam letupan lombong di pedalaman Mongolia.

Sejumlah pelombong yang tidak dinyatakan bilangannya masih tertimbus dan usaha menyelamat masih dijalankan.

China adalah pengeluar arang batu terbesar dunia dan kemalangan maut dalam industri itu sering berlaku. - AFP

Berita Harian X