Sabtu, 3 Disember 2016 | 12:40am

Trump undang Duterte lawat Rumah Putih

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte (kiri) dan bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. - Foto ABS-CBN News
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte (kiri) dan bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. - Foto ABS-CBN News

MANILA: Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengundang Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, melawat Rumah Putih tahun depan dalam satu perbualan telefon hari ini, kata pembantu Duterte.

Perbualan dua pemimpin itu mengambil masa kira-kira tujuh minit, kata Penasihat khas Duterte, Christopher Go kepada media.

Katanya, Presiden Filipina itu juga mengundang Trump ke Manila tahun depan ketika negara ini mempengerusikan beberapa siri mesyuarat Pertubuhan Negara Negara Asia Tenggara (ASEAN). - REUTERS

Berita Harian X