Selasa, 22 November 2016 | 8:18am

TERKINI: Tsunami satu meter landa pantai Jepun

TOKYO: Tsunami berukuran satu meter (3 kaki) melanda pesisir pantai Jepun dekat loji nuklear Fukushima hari ini susulan gempa bumi, kata pengendali Tokyo Electric Power (TEPCO).

Gelombang tsunami itu membadai pada jam 6.38 pagi (waktu tempatan), kata seorang pegawai TEPCO pada sidang berita di televisyen selepas terdahulu gempa bumi dengan kekuatan 7.4 magnitud melanda rantau ini.

Bagaimanapun seorang jurucakap TEPCO memberitahu AFP bahawa tiada laporan berhubung sebarang masalah di loji berkenaan akibat gelombang itu. - AFP

Berita Harian X