Sabtu, 12 November 2016 | 7:13am

Gempa kuat 6.2 magnitud landa timur Jepun

TOKYO: Gempa bumi kuat 6.2 magnitud melanda perairan pantai Jepun di 65 kilometer di timur laut Bandaraya Sendai, jam 6.43 pagi waktu tempatan sebentar tadi, lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Agensi Meteorologi Jepun berkata, tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik pula berkata, tiada kemungkinan ancaman ombak besar pasifik yang menghasilkan tsunami berlaku. - Reuters

Berita Harian X