Sabtu, 12 November 2016 | 12:36am

India, Jepun meterai perjanjian nuklear

Perdana Menteri India Narendra Modi (kiri) berjabat tangan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada sidang media bersama di kediaman rasmi Abe di Tokyo, Jepun. - Foto REUTERS
Perdana Menteri India Narendra Modi (kiri) berjabat tangan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada sidang media bersama di kediaman rasmi Abe di Tokyo, Jepun. - Foto REUTERS

TOKYO: Jepun dan India memeterai satu perjanjian nuklear pada Jumaat, bagi membolehkan Tokyo membekalkan Delhi peralatan dan teknologi jana kuasa untuk menampung pertumbuhan pantas ekonominya.

Ia adalah kali pertama Jepun, satu-satunya negara yang menjadi mangsa serangan nuklear, mengadakan perjanjian dengan sebuah negara yang bukan ahli kepada Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT).

"Perjanjian hari ini menandakan satu langkah bersejarah dalam membangunkan perkongsian tenaga bersih," kata Perdana Menteri India Narendra Modi dalam sidang media bersama dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Shinzo Abe.

Perjanjian itu mensyaratkan, bahan api nuklear dan peralatan disediakan hanya boleh digunakan untuk tujuan damai dan satu dokumen berasingan turut dimeterai yang mana ia merangkumi fasal membolehkan Jepun membatalkan perjanjian jika India menjalankan ujian nuklear.

"Sebagai negara tunggal pernah mengalami serangan bom nuklear, kami bertanggungjawab mengetuai masyarakat antarabangsa ke arah realisasi dunia tanpa senjata nuklear.

"Perjanjian itu adalah rangka kerja sah untuk memastikan India bertindak secara bertanggungjawab dalam penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan damai. Ia juga membolehkan India mengambil bahagian dalam rejim kawalan senjata antarabangsa," kata Abe. - AFP

Berita Harian X