Selasa, 1 November 2016 | 5:25pm

Tentera Kurdis tahan wartawan Jepun di Iraq

 KOSUKE Tsuneoka. - Foto AP
KOSUKE Tsuneoka. - Foto AP

TOKYO: Tentera Kurdis menahan seorang wartawan bebas Jepun yang membuat liputan mengenai pertempuran di Iraq, menurut laporan kerajaan Jepun dan media hari ini.

Jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga berkata, pihaknya mengetahui Kosuke Tsuneoka ditahan oleh 'pihak berkuasa di kawasan yang dikuasai puak Kurdis.'

Tsuneoka membuat liputan mengenai pertempuran untuk menawan semula bandar Mosul dari militan Daesh, menurut agensi berita Jepun, Kyodo.

Tsuneoka kini dalam tahanan tentera Kurdis yang dikenali sebagai peshmerga, bagaimana tiada maklumat mengenai bagaimana beliau ditahan, kata Kyodo.

"Kerajaan sedang mendapatkan butiran lengkap dari pihak berkuasa tempatan mengenai tuduhan terhadap Tsuneoka," kata Suga, sambil menambah kedutaan Jepun meminta Tsuneoka diberi layanan yang baik ketika dalam siasatan. - AP

Berita Harian X