Isnin, 24 Oktober 2016 | 11:49pm

4 terbunuh serangan di sempadan India-Pakistan

Pengerusi Eksekutif Kerjaya Prospek Group Berhad, Datuk Tee Eng Ho. - Foto Zunnur Al Shafiq
Pengerusi Eksekutif Kerjaya Prospek Group Berhad, Datuk Tee Eng Ho. - Foto Zunnur Al Shafiq

ISLAMABAD/SRINAGAR: Serangan menyeberangi sempadan antara India dan Pakistan menyebabkan dua orang awam terkorban di Pakistan, seorang tentera India dan budak lelaki pada ketika ketegangan antara seteru nuklear memuncak.

Tentera Pakistan berkata, serangan itu memusnahkan daerah Harpal, Pukhlian dan Charwah di sepanjang "sempadan bekerja" bertelingkah, yang memisahkan wilayah Punjab Pakistan dari rantau Jammu Kashmir ditadbir India.

Tentera India berkata, serangan itu berlaku di daerah Pura, Pargwal dan Kanachak.

Kedua-dua negara menuntut rantau bertelingkah Kashmir sepenuhnya sejak perpisahan dan kemerdekaan daripada British pada 1947, namun mentadbir bahagian yang berpisah.

Mereka berjuang dalam dua daripada tiga peperangan di wilayah itu.

Ketegangan memuncak sejak Julai lalu, apabila tentera India membunuh seorang pejuang muda Kashmir, mencetuskan bantahan besar-besaran di Kashmir ditadbir India.

Tindakan keras pasukan keselamatan menyaksikan sekurang-kurangnya 80 penunjuk perasaan Kashmir terkorban.

Hubungan kedua-duanya makin tegang pada September lalu apabila lelaki bersenjata menyerbu sebuah pangkalan tentera India di Uri, mengorbankan 18 tentera India, serangan terbesar dalam tempoh 14 tahun.

India menyalahkan Pakistan atas serangan itu dan sebagai balasan berkata, ia melancarkan "serangan pembedahan" menyeberangi sempadan de facto di Kashmir pada 29 September untuk menyasarkan pejuang Kashmir berpusat di sana.

Pakistan sebaliknya menafikan sebarang pencerobohan berlaku di jajahannya. - AFP

Berita Harian X