Jumaat, 21 Oktober 2016 | 3:36pm

Gempa 6.6 magnitud gegar barat Jepun

TOKYO: Gempa bumi dengan ukuran awal 6.6 magnitud menggegarkan barat Jepun, kata Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Namun, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kecederaan atau kerosakan besar diterima setakat ini.

Gegaran itu juga tidak menyebabkan sebarang masalah di loji nuklear, namun media melaporkan kira-kira 40,000 isi rumah mengalami gangguan bekalan elektrik.

Pusat gegaran adalah di Tottori pada kedalaman 10 kilometer. Gempa bumi berlaku jam 2.07 petang dan disusuli dengan gegaran susulan lemah kira-kira 30 minit kemudian. - REUTERS

Berita Harian X