Khamis, 29 September 2016 | 12:42am

Pesawat Etihad mendarat cemas akibat kerosakan enjin

PESAWAT Etihad. - Foto EPA
PESAWAT Etihad. - Foto EPA

ABU DHABI: Kerosakan enjin memaksa pesawat Boeing 777 milik Etihad melakukan pendaratan cemas sebaik berlepas menuju ke Sydney, kata syarikat itu, hari ini.

Menurut jurucakap syarikat, penerbangan EY450 terpaksa berpatah balik ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi semalam susulan kegagalan satu daripada enjinnya.

"Juruterbang dan kru kabin melakukan prosedur kecemasan sebelum mendara.

"Kru seharusnya dipuji kerana berjaya mengendalikan keadaan secara tenang dan profesional dalam memastikan keselamatan semua penumpang, " katanya.

Etihad adalah antara syarikat penerbangan di negara Teluk yang berkembang pesat serta berjaya menguasai sebahagian besar pengangkutan antara benua dengan memanfaatkan lokasi geografi mereka.

Syarikat itu mengendalikan 123 pesawat Airbus dan Boeing dengan 179 lagi tempahan bakal diterima sebelum 2025.

Pada 31 Mei lalu, penumpang Etihad cedera apabila pesawat Airbus A330-200 berdepan pergolakan udara yang teruk sebelum mendarat di Jakarta. - AFP

Berita Harian X