Isnin, 26 September 2016 | 2:13pm

Gempa bumi 5.7 magnitud gegar selatan Okinawa

TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan Okinawa dan kepulauan lain di selatan Jepun hari ini tetapi tiada bahaya tsunami.

Agensi Kaji Cuaca Jepun berkata, kejadian berlaku pada jam 2.20 petang waktu tempatan pada Isnin di luar pantai Okinawa, pada kedalaman 40 kilometer di bawah paras laut.

Gempa bumi di selatan berlaku beberapa minit selepas satu lagi gegaran kuat melanda di sebelah utara.

Gegaran berukuran 5.5 berlaku di pantai selatan Hokkaido, pulau utama di utara Jepun pada jam 2.13 petang waktu tempatan.

Tiada bahaya tsunami akibat kedua-dua gegaran.

Tiada laporan diterima mengenai kerosakan atau kecederaan daripada dua gempa bumi yang melanda hampir serentak di kedua-dua penghujung kepulauan Jepun. - AP

Berita Harian X