Sabtu, 24 September 2016 | 7:16am

Gempa 6.5 magnitud landa Kepulauan Mindanao

PUSAT gempa bumi kuat 6.5 magnitud di Timur Davao, Selatan Filipina. - Sumber usgs.gov
PUSAT gempa bumi kuat 6.5 magnitud di Timur Davao, Selatan Filipina. - Sumber usgs.gov

MANILA: Gempa kuat 6.5 magnitud melanda Kepulauan Mindanao di Selatan Filipina, demikian lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa melanda jam 6.53 pagi ini (22:53 GMT) dengan pusat gegaran di 114.26 kilometer (km) di timur Davao.

Gempa direkod pada kedalaman 69km di bawah dasar laut namun diramal tidak membawa ancaman tsunami, demikian menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - Reuters

Berita Harian X