Khamis, 22 September 2016 | 11:19pm

PM Pakistan bimbang ancaman senjata India

Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif berucap di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. - Foto AFP
Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif berucap di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. - Foto AFP

NEW YORK: Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif mendakwa India 'meningkatkan jumlah senjata' pada skala tidak pernah berlaku sebelum ini.

Berucap dalam Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, beliau berkata Pakistan akan mengambil segala langkah perlu untuk mencegah peperangan.

Ketegangan antara India dan Pakistan meningkat, sejak beberapa minggu lalu dengan tunjuk perasaan ganas menentang pemerintahan India di wilayah Kashmir.

Ahad lalu, militan membunuh 18 tentera India di sebuah pangkalan di wilayah itu.

India mendakwa Pakistan merancang serangan paling berdarah di wilayah itu, sejak dua dekad. Kedua-dua negara menuntut keseluruhan wilayah majoriti Muslim Kashmir namun wilayah itu terbahagi kepada dua.

Sharif berkata, Pakistan komited untuk memastikan kestabilan di wilayah itu dan tidak mahu sebarang perlumbaan senjata dengan India.

Beliau turut mendakwa India meletakkan syarat tidak munasabah dalam rundingan. - Agensi

Berita Harian X