Rabu, 14 September 2016 | 1:05pm

Iran ancam tembak pesawat AS

TEHRAN: Tentera Iran mengancam menembak jatuh dua pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat, yang terbang di Selat Hormuz.

"Mereka mengancam menembak kami, atau membedil peluru berpandu," kata pegawai pertahanan AS yang enggan dikenali.

Menurut Fox News, yang mula melaporkan kejadian berkenaan, pesawat AS tidak mengendahkan amaran dan meneruskan misi mereka.

Seorang pegawai pertahanan tidak dinamakan memberitahu saluran itu, tentera AS mahu menguji reaksi Iran.

Pegawai berkata, kejadian itu 'tidak profesional' tetapi tidak dianggap bahaya kerana pesawat AS berada di luar jarak peluru berpandu antipesawat Iran.

Pentagon baru-baru ini mengecam siri pertembungan maritim di Teluk, termasuk satu yang memaksa kapal AS melepaskan tembakan amaran ke arah kapal Iran yang belayar terlalu hampir. - AGENSI

Berita Harian X