Khamis, 1 September 2016 | 12:57pm

Korea Utara bekalkan 'beg sandang nuklear' untuk askar

PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un. -Foto Reuters
PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un. -Foto Reuters

PYONGYANG: Selepas siri kejayaan pelancaran ujian nuklear, Korea Utara dilaporkan melengkapkan unit tentera elit dengan 'beg sandang nuklear'.

Minggu lalu, pemimpin negara itu, Kim Jong-un, memuji kemampuan nuklear Pyongyang berikutan kejayaan pelancaran tembakan peluru berpandu balistik dari kapal selam di Laut Jepun.

"Korea Utara menyertai barisan hadapan kuasa tentera yang dilengkapi sepenuhnya dengan kemampuan serangan nuklear," katanya.

Dalam perkembangan terbaru, sumber mendakwa Pyongyang secara rahsia menubuhkan unit tentera rahsia yang mengandungi anggota dilengkapi 'beg sandang nuklear', menurut International Business Times.

"Anggota tentera terbaik dipilih daripada setiap platun dan briged infantri untuk membentuk unit pek nuklear bersaiz satu batalion," kata sumber.

Fungsi sebenar beg sandang itu masih samar. Seberat antara 9.97 dan 28 kilogram, unit itu sama ada akan meletup atau menempatkan jenis semburan atom.

"Pengangkut pesawat musuh akan tenggelam jika beg sandang nuklear ini diletupkan pada jarak jauh.

"Ia bertujuan mengukuhkan senjata psikologi tentera Korea Utara dan menghalang mereka berasa takut untuk berperang," katanya. - AGENSI

Berita Harian X