Rabu, 31 Ogos 2016 | 5:27pm

Hamba seks Korea Selatan saman kerajaan

Penunjuk perasaan di Taiwan menggesa Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memohon maaf kepada hamba seks oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia II. - Foto REUTERS
Penunjuk perasaan di Taiwan menggesa Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memohon maaf kepada hamba seks oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia II. - Foto REUTERS

SEOUL: Seramai 12 wanita Korea Selatan yang dipaksa menjadi hamba seks oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia II, menyaman kerajaan Seoul susulan persetujuan yang dicapai dengan Tokyo untuk membayar pampasan kepada mangsa.

Jurucakap Mahkamah Daerah Seoul Tengah hari ini berkata, plaintif masing-masing menuntut 100 juta (RM366,395) daripada kerajaan Korea Selatan, yang dikatakan gagal membuktikan kerajaan Jepun bertanggungjawab dari segi undang-undang apabila ia bersetuju dengan penyelesaian itu Disember lalu.

Kementerian Luar Seoul berkata, pihaknya menjangkakan Jepun untuk segera memindahkan 1 bilion yen (RM40.3 juta) yang dijanjikan untuk disalurkan kepada sebuah yayasan yang ditubuhkan Julai lalu bagi membantu menyokong mangsa di Korea Selatan.

Ramai penduduk di Korea Selatan percaya jumlah penyelesaian yang dipersetujui kerajaan Seoul adalah terlalu kecil. - AP

Berita Harian X