Rabu, 24 Ogos 2016 | 9:18pm

Jepun, China, Korea Selatan bersatu kutuk Pyongyang

TOKYO: Menteri Luar China, Jepun dan Korea Selatan, mengetepikan ketegangan berhubung pertelingkahan jajahan dan sejarah perang apabila bersependapat mengutuk ujian peluru berpandu kapal selam terbaharu Korea Utara, hari ini.

Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida, yang mempengerusikan mesyuarat dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi dan Korea Selatan, Yun Byung-se, berkata pelancaran peluru berpandu Korea Utara adalah satu "provokasi yang tidak boleh diterima."

Korea Utara melepaskan peluru berpandu balistik dari sebuah kapal selam ke dalam Laut Jepun, kata pihak berkuasa Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Pihak berkuasa Seoul mengutuk pelancaran itu sebagai satu "bantahan bersenjata" terhadap permulaan latihan ketenteraan tahunan Korea Selatan-AS, yang digelar Pyongyang sebagai latihan pencerobohan.

Pelancaran itu juga adalah yang terbaharu dalam siri ujian peluru berpandu, roket dan senjata oleh Korea Utara, yang secara terbuka mahu meningkatkan sasaran serangan sejauh benua AS. - AP

Berita Harian X