Ahad, 21 Ogos 2016 | 7:56am
GEMPA bumi kuat dengan kekuatan 6.0 magnitud melanda Jepun untuk hari kedua berturut-turut semalam. - Foto hiasan
GEMPA bumi kuat dengan kekuatan 6.0 magnitud melanda Jepun untuk hari kedua berturut-turut semalam. - Foto hiasan

Gempa bumi 6.0 magnitud gegar Jepun

TOKYO: Gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.0 magnitud melanda Jepun untuk hari kedua berturut-turut semalam, namun tiada kerosakan mahupun kecederaan dilaporkan.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) gegaran dari pusat gempa cetek itu melanda luar pantai utara Jepun, 167 kilometer dari bandar Miyako.

Tiada ancaman amaran tsunami dikeluarkan sejurus selepas gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu, kata Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Gegaran itu berlaku sehari selepas gempa bumi dengan kekuatan 5.3 magnitud melanda timur laut Jepun di luar pantai wilayah Ibaraki, dekat selatan Fukushima.

Jepun terletak di persimpangan empat plat tektonik dan mengalami beberapa gempa yang agak ganas setiap tahun.

Amalan kod bangunan yang tegar dan penguatkuasaan yang ketat, membantu mengurangkan kerosakan walau dilanda gegaran kuat.

Tetapi gempa bumi dasar laut terbesar pada Mac 2011 membentuk tsunami ganas ke pantai timur laut Jepun, menyebabkan lebih daripada 18,000 orang mati atau hilang dan mengakibatkan tiga reaktor di loji nuklear Fukushima berdepan krisis. - Agensi

Berita Harian X