Rabu, 17 Ogos 2016 | 8:37am
KEADAAN banjir di Baton Rouge, Louisiana. - Foto EPA
KEADAAN banjir di Baton Rouge, Louisiana. - Foto EPA

Banjir di Lousiana: 8 maut, 40,000 rumah terjejas

BATON ROUGE: Angka kematian akibat banjir di negeri Louisiana meningkat kepada lapan, semalam apabila zon bah semakin luas, memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di beberapa wilayah.

Dua belas kawasan kini diisytiharkan darurat, meningkat daripada empat pada Isnin.

Gabenor Louisiana, John Bel Edwards, berkata air mula surut di beberapa wilayah di utara dan barat zon banjir, manakala kawasan lain masih kekal diisytiharkan darurat.

"Masih ramai penduduk yang berhadapan kesukaran termasuk 34,000 pelanggan yang menghadapi gangguan bekalan elektrik," katanya.

Lebih 40,000 rumah terjejas akibat banjir dan lebih 8,000 penduduk berada di pusat perlindungan, manakala lebih 20,000 diselamatkan atau dipindahkan. - AFP

Berita Harian X