Isnin, 15 Ogos 2016 | 11:10pm
Sekurang-kurangnya lima orang maut sementara lebih 20,000 penduduk terpaksa berpindah akibat bencana banjir di Louisiana, hari ini. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya lima orang maut sementara lebih 20,000 penduduk terpaksa berpindah akibat bencana banjir di Louisiana, hari ini. - Foto AFP

Lima maut, 20,000 dipindahkan akibat banjir di Louisiana

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lima orang maut sementara lebih 20,000 penduduk terpaksa berpindah akibat bencana banjir di Louisiana, hari ini.

Gabenor Louisiana John Bel Edwards berkata, seramai 10,000 kini berada di pusat pemindahan selepas hujan lebat pada hujung minggu lalu memaksa kerajaan persekutuan di negara itu mengisytiharkan darurat bencana.

CNN memetik beberapa pegawai rasmi di East Baton Rouge sebagai berkata sekurang-kurangnya lima orang terkorban dalam banjir itu termasuk seorang wanita yang dihanyutkan ketika berada dalam kereta, lewat semalam.

Tindakan Rumah Putih mengisytiharkan darurat membolehkan dana kecemasan persekutuan digunakan untuk menyokong pasukan penyelamat yang bekerja bertungkus lumus tanpa henti.

"Ia satu keadaan serius, berterusan dan belum berakhir," kata Edward, menggambarkan bencana banjir luar biasa itu. - AFP

Berita Harian X