Selasa, 5 Julai 2016 | 11:10pm

Umat Islam Thailand sambut Aidilfitri esok

BANGKOK: Umat Islam di Thailand akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan oleh Sheikhul Islam Thailand menerusi televisyen tempatan, malam ini.

Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon berkata anak bulan Syawal kelihatan di Yala dan Yaha petang tadi.

Dengan pengumuman itu, umat Islam di Thailand dan Malaysia akan menyambut 1 Syawal pada hari yang sama. - BERNAMA

Berita Harian X