Sabtu, 2 Julai 2016 | 1:25pm

Israel bedil Semenanjung Gaza - Hamas

Serangan udara tentera Israel ke atas empat kawasan di Semenanjung Gaza.
Serangan udara tentera Israel ke atas empat kawasan di Semenanjung Gaza.

GAZA: Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas empat kawasan di Semenanjung Gaza.

Empat kawasan itu, termasuk bengkel, dua lokasi sayap tentera Hamas dan pusat latihan pejuang Jihad Islam.

Dua daripada lokasi terletak di bandar raya Gaza, manakala dua lagi di Beit Lahia, di utara wilayah itu yang ditadbir Hamas.

Pegawai Hamas berkata, serangan itu adalah tindak balas kepada bedilan roket yang dilancarkan pejuang Palestin, yang terkena sebuah bangunan di selatan Israel.

Media Israel berkata, bedilan itu terkena sekolah tadika.

Pasukan perubatan berkata, mereka merawat dua pesakit yang mengalami kejutan.

Tiada pihak di Gaza mendakwa bertanggungjawab membedil roket itu, yang dibuat beberapa jam selepas Israel mengumumkan penutupan Hebron di Tebing Barat dan pemotongan cukai pendapatan bulanan kepada Pihak Berkuasa Palestin. - AFP

Berita Harian X