Jumaat, 24 Jun 2016 | 12:31am

51 maut, cuaca terlampau di timur China

BEIJING: Cuaca terlampau termasuk hujan batu, hujan lebat dan puting beliung sudah mengorbankan 51 orang dan mencederakan puluhan lain di wilayah timur Jiangsu, lapor agensi berita Xinhua hari ini.

Menurut laporan, ribut membadai bandar Yancheng di wilayah itu kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan hari ini, meranapkan rumah.

Angin dengan kelajuan sehingga 125 kilometer sejam membadai bandar itu dan kawasan sekitar, memusnahkan rumah.

Gambar di lokasi kejadian menunjukkan penduduk yang terkejut berdiri berhampiran rumah masing-masing yang musnah di tengah wayar telefon berselirat, serpihan kayu dan tiang elektrik tumbang.

Banyak kawasan di China dilanda hujan lebat minggu ini ketika ribut musim panas lebih teruk daripada biasa, menyebabkan kemusnahan di seluruh negara. - AFP

Berita Harian X