Rabu, 8 Jun 2016 | 10:01pm
Tenggiling hidup diseludup di Medan Indonesia berjaya dibendung pihak berkuasa Indonesia. - Foto ihsan WCS
Tenggiling hidup diseludup di Medan Indonesia berjaya dibendung pihak berkuasa Indonesia. - Foto ihsan WCS

Indonesia tingkat hukuman terhadap pemburu haram

JAKARTA: Indonesia merancang menaikkan hukuman penjara maksimum sehingga empat kali ganda terhadap pemburu haram dan penyeludup haiwan dilindungi.

Ia sebahagian usaha penggubalan semula secara besar-besaran undang-undang jenayah hidupan liar, namun aktivis alam sekitar masih meragui keberkesanannya.

Hukuman maksimum bagi pemburu haram dan perdagangan haiwan dilindungi akan dinaikkan daripada lima tahun kepada 20 tahun di bawah undang-undang baru yang dicadangkan oleh Kementerian alam sekitar dan perhutanan.

"Kami mahu penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat, kami mahu mereka yang melanggar undang-udang menerima hukuman lebih berat," kata pegawai kanan kementerian, Tachrir Fathoni yang mengetuai usaha berkenaan kepada AFP.

Bagaimanapun beliau mengakui kerajaan Indonesia berdepan pelbagai berikutan permintaan ke atas spesies yang hampir pupus kekal tinggi.

"Selagi ada permintaan, bekalan tidak akan putus," katanya. - AFP

Berita Harian X