Khamis, 2 Jun 2016 | 10:12pm

Bayi panda jantan lahir di Zoo Belgium

BAYI panda seberat 171 gram dibawa ibunya, Hao Hao. - Foto EPA
BAYI panda seberat 171 gram dibawa ibunya, Hao Hao. - Foto EPA

BRUSSELS: Seekor bayi panda jantan dilahirkan di Zoo Pairi Daiza Belgium hari ini, hanya tiga bulan selepas pakar China melakukan permanian berhadas ke atas ibunya, Hao Hao.

Anak panda kecil seberat 171 gram itu kelihatan sihat walaupun dilahirkan amat kecil, dijaga dan dipeluk ibunya yang membawanya dalam mulut.

Oleh kerana kelahiran panda agak luar biasa, beberapa penjaganya menitiskan air mata kegembiraan di zoo itu yang terletak kira-kira 48 kilometer ke selatan ibu kota ini.

Namun pengarah zoo, Eric Domb memiliki perasaan bercampur.

"Ia situasi penuh emosi buat kami semua. Ia juga satu kebimbangan besar oleh kerana peluang untuk hidup bagi seekor panda adalah 50 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama," katanya kepada rangkaian RTL.

Dengan bantuan kerajaan China, Hao Hao dan pasangannya Xing Hui tiba di Belgium dua tahun lalu. -AP

Berita Harian X